Sabtu, 23 Oktober 2010

Pembangunan Pemikiran di Kalangan Orang Melayu

Sukan bola sepak merupakan sukan yang paling popular khususnya di Malaysia..di mana-mana orang akan bercerita mengenainya..di kedai-kedai kopi, di kantin, di pejabat dan di mana-mana pun orang akan bercerita pasal bola. Peminat sanggup menghabiskan masa demi bola..menghabiskan wang juga demi bola serta rela menghadapi bahaya demi bola..peminat yang fanatik bola sanggup bangun seawal 3 pagi untuk menonton liga Juara-Juara Eropah..sanggup bertengek berjam-jam di warung semata-mata untuk menonton EPL..sanggup 'travel' berpuluh-puluh malahan ratusan kilometer semata-mata mahu melihat pasukan negeri kesayangan mereka bermain di tempat lawan..malahan sanggup menghadapi risiko yang lebih besar seperti di baling mercun atau botol mineral oleh peminat lawan, dan yang lebih dasyat kenderaan dirosakan oleh mereka yang tidak bertanggugjawab...walaupun pelbagai rintangan yang perlu ditempuhi, golongan fanatik bola ini merasakan itu semua bukan halangan untuk mereka membelakangkan minat mereka itu..inilah salah satu 'kekuatan semulajadi' yang dimiliki golongan ini. disebabkan kecintaan yang menebal itu, ada dikalangan mereka melakukan tindakan diluar kotak pemikiran seperti sanggup membakar kerusi stadium, malah ada juga yang sanggup membakar kereta pihak berkuasa..itulah mentaliti rakyak Malaysia yang boleh disifatkan kurang matang serta bertindak atas dorongan emosi yang cukup kuat mengatasi akal fikiran yang waras..soalnya mengapa orang Malaysia amnya dan orang melayu khususnya boleh melakukan perkara yang sedemikian rupa..kalau kita renungkan pembangunan bola sepak di negara kita seakan-akan tidak menunjukkan peningkatan, dengan kata lain masih ketinggalan di belakang..
sebenarnya kelemahan kita bukan terletak pada percaturan permainan, kepantasan pemain malahan kekurangan skill..tetapi kelemahan kita masih lagi dibelenggu oleh tahap pemikiran ataupun mentaliti kita yang tidak berubah-ubah..sepatutnya sudah tiba masanya kita membuat satu treatment dari sudut pembangunan pemikiran rakyat negara kita amnya dan juga pemain khususnya..mengapa Ronaldo menjadi seorang pemain yang hebat sehinggakan satu dunia mengenalinya..mengapa kalu kita lihat peminat-peminat Liverpool masih boleh bertepuk tangan setelah wisel penamat ditiup sedangkan pada ketika itu pasukannya kalah 2-0 di tangan Everton. Semua perkara tersebut adalah berpunca daripada ‘kotak pemikiran’. Ronaldo menjadi pemain yang hebat kerana kekuatannya terletak pada mentalnya yang utuh..untuk mendapatkan sepakan percuma digeruni yang dikenali sebagai ‘sepakan roket’, beliau membuat latihan berjam-jam lamanya untuk menajamkan skill yang sedia ada. Adakah itu semua bakat semulajadi ataupun hasil latihan yang bertubi-tubi? Kita pun boleh melahirkan seorang Ronaldo Malaysia sekiranya pemain-pemain kita mempunyai kekuatan mental seperti Ronaldo..tidak mustahil...begitu juga dengan peminat yang fanatik, jika pemikiran dapat menguasai perasaan nescaya tidak akan berlaku perkara-perkara yang sepatutnya boleh dielakan yang sering berlaku sejak sekian lama dahulu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LEBIH BAIK MELAKUKAN SESUATU YANG BETUL BERBANDING MELAKUKAN SESUATU DENGAN BETUL

          Saya ada terbaca dalam sebuah buku hasil tulisan Ahmad Fadzil Yusof yang bertajuk " MENGURUS KERJA DAN WAKTU" . buku i...