KESIHATAN MENTAL
Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mental tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.
Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:
Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya.
Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.
Ciri-ciri kesihatan mental yang positif
Terhadap diri sendiri
Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
Berupaya mengawal perasaan.
Sanggup menerima kegagalan.
Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.
Menghargai diri sendiri.
Terhadap orang lain
Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.
Terhadap cabaran
Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.
Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif
Menerima kenyataan diri secara realistik.
Mengendali masa dengan baik (time management)
Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
Menjaga kesihatan fizikal.
Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.
Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:
Perasaan rendah diri.
Tekanan dalam hidup.
Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)
Peningkatan risiko penyakit mental.
Rujukan: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Oleh yang demikian mental memainkan peranan yang penting sebagai perisai untuk memastikan keseluruhan luaran dan dalaman seseorang berada dalam keadaan yang terbaik. salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang muslim khususnya perlulah sentiasa menyuburkannya dengan pengisian yang sepatutnya iaitu melakukan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti melakukan solat-solat 'tambahan',berzikir, bertasbih dan bertahmit. kesemua perkara ini sedikit sebanyak akan dapat menyuburkan mental dan intelektual seseorang individu selain dapat memastikan mereka berada di landasan yang sepatutnya...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LEBIH BAIK MELAKUKAN SESUATU YANG BETUL BERBANDING MELAKUKAN SESUATU DENGAN BETUL
Saya ada terbaca dalam sebuah buku hasil tulisan Ahmad Fadzil Yusof yang bertajuk " MENGURUS KERJA DAN WAKTU" . buku i...
-
Penulisan saya kali ini mungkin agak berbeza jika dibandingkan sebelum ini. walaubagaimanapun ia juga berkaitan dengan diri kita k...
-
ORIENTASI TINGKATAN 1 Tahun 2019 bakal melabuhkan tirai beberapa minggu sahaja lagi. masing-masing sibuk menyiapkan laporan a...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan