Saya ada terbaca dalam sebuah buku hasil tulisan Ahmad Fadzil Yusof yang bertajuk " MENGURUS KERJA DAN WAKTU". buku ini sangat baik serta memberi inspirasi kepada saya untuk menulis serba sedikit apa intipati yang terkandung dalam buku tersebut. Boleh disimpulkan buku ini lebih kepada bagaimana untuk kita menguruskan masa dengan tepat dan betul.
Dalam buku tersebut saya tertarik dengan satu tajuk yang diketengahkan oleh penulis iaitu 'Membuat Perkara yang Betul'. Penulis ada memetik kata-kata oleh seorang penulis buku(barangkalilah..)iaitu Dale Carnigie yang ada menyatakan bahawa 'Adalah lebih baik jika saudara melakukan sesuatu yang betul berbanding melakukan sesuatu dengan betul'.
Bila kita fikirkan kebanyakkan kita banyak melakukan perkara yang betul tetapi masa yang tidak betul dan tepat untuk melakukan perkara tersebut. Sebagai contoh: jika anda mempunyai seorang anak yang masih kecil maybe dalam umur 3-4 tahun.Peringkat umur yang anak boleh berkata-kata yang difahami oleh kita sebagai ibu bapa, tetapi anak ini sangat terhad dari sudut berdikari. Katakanlah anak ini menagis kerana berkehendakkan susu dan mengadu kepada ibunya. Dalam masa yang sama anak ini tadi pampersnya (contoh..hehe) penuh dengan najis. Manakah yang perlu diurus terlebih dahulu oleh ibu. Membersihkan najis anak kemudian baru memberi munum susu atau sebaliknya. Sekiranya ibu bertindak memberi minum anak terlebih dahulu maka perbuatan ini tidak salah tetapi kurang tepat kerana memberi anak minum itu perbuatannya betul. Sekiranya ibu tadi memilih membasuh terlebih dahulu najis anaknya kemudia baru memberi minum susu, inilah dikatakan 'melakukan sesuatu yang betul lebih baik daripada melakukan sesuatu dengan betul' ;0
Semoga coretan ini memberi manfaat kepada pembaca....bye
Tiada ulasan:
Catat Ulasan