SELAMAT TAHUN BARU!!
Mungkin terlalu awal untuk mengucapkan tahun baru yang bakal menjelma tidak beberapa hari lagi...SELAMAT TAHUN BARU 2011....semoga apa yang anda impikan dan harapkan akan menjadi kenyataan..amin..rasanya sudah lama tidak mengemaskini blog..jadi dikesempatan yang tuhan berikan ini saya ingin kongsikan sedikit berkenaan dengan 'Tahun Baru". .bila kita berbicara berkenaan tahun baru ni..paling popular yang kita selalu perkatakan berkenaan dengan AZAM TAHUN BARU..menjelma sahaja tahun baru masihi (tahun hijrah tak tahu plak nak berazam ye)..masing-masing akan memikirkan apa azam ataupun target yang mereka ingin capai...biasa kita dengar..azam tahun ni 'nak perbaiki diri', 'nak mulakan hidup baru', 'belajar bersungguh-sungguh', 'nak kerja bersungguh-sungguh', nak capai azam lepas yang masih terkapai-kapai', malah ada juga dikalangan individu merancang untuk beristeri baru hihi..banyak lagilah azam-azam yang selalu kita dengar...walaubagaimanapun, jarang sekali kita dengar ada dikalangan pelajar, rakan-taulan,sedara-mara, jiran tertangga menyatakan azam tahun ni ialah ingin 'MENGHAFAL SEKURANG-KURANGNYA 5 JUZUK AL-QURAN'..setakat ni pengalaman saya berhadapan dengan individu-individu yang disebutkan tidak ada lagi yang menanam azam sedemikian rupa...emmm...adakah azam tersebut tidak popular? mungkin tidak..ini kerana pelbagai salurun media sebagai alat sebaran maklumat banyak memperkatakan berkenaan fadhilat membaca Al-Quran malah menghafalnya..kalau kita lihat dan kaji bukan setakat di saluran Astro 106 misalnya..malah di Internet juga terlalu banyak sumber yang berkaitan dengan Al-Quran boleh kita perolehi..malah setiap tahun juga kita akan mendengar serta menghayati alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di kaca televisyen SECARA LANGSUNG LAGI....
Oleh yang demikian alasan tidak popular tidak boleh diguna pakai...emmm..berkemungkinan juga terlalu banayak persaingan "yang berhaluan kiri", maksudnya sebarang bentuk anasir yang boleh menyebabkan individu lupa kebesaran kitab yang agung ini..walau bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan teknologi canggih adalah penyebab manusia alpa akan tanggungjawabnya terhadap pencipta..ini kerana dengan adanya teknologi akan lebih memudahkan kita untuk menyampaikan sesuatu yang baik...contohnya apa yang saya buat sekarang haha..tetapi yang menjadi kebimbangan kita sekarang ialah senario ataupun gelombanglaman sesawang facebook yang semakin digilai oleh masyarakat dunia sekarang..kini dianggarkan hampir 500bilion individu yang memiliki akaun tersebut. apa yang membimbangkan masyarakat dunia amya serta masyarakat islam khususnya, fenomena ini menyebabkan manusia lalai untuk menjalankan tanggungjawab khususnya sebagai seorang muslim, dimana individu semakin lupa untuk meluangkan masa bermesra dengan Al-Quran malahan membelanjakan masa yanhg banyak untuk melayari gelombang facebook ini, walaupun pada hakikatnya secara halus ia telah membuatkan manusia semakin jauh dengan penciptanya.....oleh yang demikian..tahun baru yang bakal menjelma ini, marilah kita sama-sama luangkan masa serta muhasabah diri..dekatkan lah diri dengan tuhan yang selama ini mungkin dikalangan kita semakin jauh dari-Nya..lakukanlah solat sunat serta berdoa diakhir tahun dan juga diawalnya agar apa yang kita azamkan pada tahun 2011 akan menjadi kenyataan serta diberkati olehnya...amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan