Sabtu, 16 Oktober 2010

Kemenjadian Anak-anak

Pepatah ada berkata…melentur buluh biar dari rebung. Ada juga hadis yang masyur menerangkan bahawa anak seumpama kain putih, ibu baplah yang akan mewarnai kain tersebut (anak) sama ada mahu dia menjadi seorang yang baik ataupun tidak, menjadi seorang yang taat pada perintah tuhan atau sebaliknya, menjadi seorang ilmuan mahupun ahli sukan..
Oleh yang demikian telah terbukti peranan ibu bapa sangat signifikan dalam memandu arah anak mereka di masa depan..berkenaan dengan pendidikan awal kanak-kanak ini saya tertarik dengan apa yang dihuraikan oleh seorang tokoh pendidikan yang terkenal iaitu Gale Maleskey yang ada menulis berkenaan cara memperhebatkan anak. Beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk “15 Ways to Make Your Child Smarter”. Cara-cara itu adalah seperti yang berikut:
1. Pastikan bahawa bapa terlibat sama dalam proses pembelajaran kerana bapa dilihat sebagai manusia penting dalam kehidupan.
2. Setiap kerja dalam pembelajaran mesti diikuti dengan latihan-latihan supaya menuju ke arah kemahiran dalam sesuatu bidang.
3. Bina rasa kehormatan diri dalam pembentukan sahsiah anak-anak, bukan dipenuhi dengan ugutan dan ancaman.
4. Pilih barang-barang permainan yang boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran anak-anak.
5. Berikan kesempatan kepada anak-anak untuk berfikir dalam sebarang suruhan dan arahan di rumah.
6. Berikan galakan kepada anak-anak untuk menggali dan meneroka keajaiban sesuatu ilmu yang bermanfaat dan berfaedah.
7. Bimbing anak-anak mengambil atau membuat sendiri kesimpulan berkenaan dengan apa yang telah mereka baca.
8. Jaga dan awasi apa yang dimakan oleh anak-anak.
9. Jangan biarkan anak-anak menonton televisyen terlalu lama kerana itu mungkin akan mengakibatkan terencat daya imaginasi, daya pemikiran dan kebolehan membaca.
10. Dedahkan anak-anak kepada peralatan computer (pengisian) yang mudah dengan pemantauan ibu bapa.
11. Bantu mereka supaya dapat mencapai sebarang matlamat yang diusahakan agar mereka merasa bersemangat melakukan setiap perkara yang mereka jalankan.
12. Pastikan anak-anak melakukan apa yang dibuat oleh ibu bapa (yang baik dan positif) bukan apa yang dikatakan oleh ibu bapa.
13. Sentiasa senyum dan bergurau dengan anak-anak.
14. Ajar anak supaya pandai menguruskan waktu dengan berkesan mengikut acuan mereka sendiri.
15. Sentiasa berlaku adil dengan anak-anak dalam apa juga perkara yang dilakukan serta agihkan kerja-kerja rumah agar mereka boleh berdikari di masa hadapan.
Kesimpulannya kita sebagai ibbubapa perlu peka dengan pekembangan anak-anak kita dari masa ke semasa agar mereka tumbuh dan membesar dengan baik dan sempurna serta menjalankan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh ibubapa amnya dan pencipta khususnya…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LEBIH BAIK MELAKUKAN SESUATU YANG BETUL BERBANDING MELAKUKAN SESUATU DENGAN BETUL

          Saya ada terbaca dalam sebuah buku hasil tulisan Ahmad Fadzil Yusof yang bertajuk " MENGURUS KERJA DAN WAKTU" . buku i...