Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 20 November 2012

GAZA...OH GAZA..




       Sudah agak lama saya tidak meluangkan masa untuk 'mengintai' blog ini..hinggakan hampir saya terlupa kata laluan tadi..eemm..nasib baik la sekali tembak mengena..tetapi senario yang berlaku di Gaza sekarang menyebabkan saya terpanggil unt mengintai semula blog yg sudah hampir karam ini..mungkin disebabkan rasa hati yg terlalu panas dan marah serta disokong oleh kelapangan masa yg ada (cuti sekolah) memungkinkan unt sy mencoret sesuatu di sini..apa yg menyentuh hati sy apabila membaca BH pagi td di mana antara fakta yg tertera menunjukkan seramai 95 penduduk palestin maut di Gaza, 80 lokasi telah di bom, serta sebanyak 1,350 lokasi telah diserang Israel di Gaza..
      Di negara kita sekarang tengah panas membicarakan berkenaan jumlah pelajar UPSR yg mendapat 5A..tetapi di Gaza sedang sibuk menghitung jumlah mangsa yg gugur dek serangan yg dikenakan oleh Yahudi Latnatullah..kita sedia maklum bahawa yahudi tidak akan behenti memberi tekanan kpd org islam khususnya di Palestin selagi matlamat mereka untuk menguasai sepenuhnya Palestin belum berjaya. tetapi kita sebagai saudara seagama perlulah sentiasa membantu saudara seislam dalam apa jua keadaan dan apa jua cara sekalipun. paling ringan kita panjangkanlah doa setiap masa khususnya selepas menunaikan solat agar bumi Anbia' ini sentiasa di pelihara yg Maha Esa...
      Tapi kadang kala kita merasa sedih bila memikirkan apa yg berlaku di Malaysia..walaupun negara kita pada zahirnya masih lagi aman..tidak berlaku peperangan serta jauh daripada malapetaka seperti bencana alam..tetapi dalam diri individu islam sendiri berlaku bermacam pergolakan..dari segala aspek..perpaduan..pegangan..dan juga pemikiran...persoalannya megapa begitu sukar untuk kita bersatu (khususnya melayu islam)..bagaimana kita mahu kukuhkan perpaduan serta kekuatan negara yg bertunjangkan islam sekiranya org islam sendiri mencetuskan krisis sesama sendiri?? setiap parti ada sasaran sendiri..ada matlamat sendiri..dan tidak keterlaluan masing-masing ada ego tersendiri...
       Bagi pendapat saya tidak ada masalah sekiranya kita menjalankan hukum yg telah ditetapkan islam yg tertulis di dalam Al-Quran..Sekiranya kita memang penganut islam yg tulin berlandaskan Al-Quran & Sunnah, maka wajib kita mengikuti segala apa yg telah diperintahkan..kita tidak boleh memberi alasan ia tidak boleh dijalankan kerana disebabkan faktor seperti latar belakang sosioekonomi yg berbeza..masyarakat berbilang kaum, ras dan budaya dan lain-lain lagi..Ini kerana sekiranya kita badingkan di zaman Rasulullah sendiri pun bukan semua penduduk di Tanah Arab pada masa itu beragama islam..terdapat juga suku kaum yg pelbagai serta pegangang yg berbeza..tetapi mengapa hukum islam tetap ditegakkan? kita bimbang sekiranya kita masih bercakaran dan bertelagah sesama sendiri tidak mustahil satu masa nnt negara kita juga akan menerima nasib yg sama seperti negara-negara islam yg lain..apa hikmahnya Allah jadikan kita berbagai-bagai latar belakang yang mana masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri? ini kerana Allah mahukan kita sentiasa melakukan segala perkara secara muafakat..bekerjasama, bantu membantu serta bertukar-tukar fikiran..barulah kita akan lebih proaktif dan berdaya saing..ini kalau kita hanya memikirkan untuk manfaat diri sendiri semata-mata..maka di situlah akan timbul konflik..Oleh yg demikian..sudah tiba masanya kita perlu lebih bertoleransi..kukuhkan perpaduan serta martabatkan daulah islamiah di negara yg agama rasminya Islam ini..kerana apa?..kerana AL ISLAM..YUKLA..WALA..YUKLA ALAI..

Khamis, 8 September 2011

MEMBINA JATIDIRI INSAN BERMULA SEUSIA REBUNG..


           Remaja merupankan teras pembangunan negara, penerusan bangsa serta menjadi benteng agama yang utuh agar tidak mudah untuk diganggu gugat. Oleh yang demikian remaja islam perlulah sentiasa disuburkan dengan benih-benih Islam, Iman dan Ihsan agar sentiasa subur dari sudut jasad dan jasmaninya. Jika kita lihat remaja hari ini banyak terdedah dengan unsur negatif yang akhirnya membawa kepada berlakunya gejala-gejala yang tidak sihat.Contohnya kes pembuangan bayi yang semakin meningkat dari masa ke semasa. mengikut kajian sebanyak 517 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak tahun 2005 hingga Januari tahun ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, jumlah itu merangkumi 203 orang bayi lelaki, 164 orang bayi perempuan dan 150 orang bayi yang tidak diketahui jantinanya. apa yang lebih menyedihkan kebanyakkan kes tersebut melibatkan golongan remaja yang beragama islam!!


       Oleh yang demikian, semua pihak perlu bekerjasama dalam aspek pembangunan jati diri remaja agar mereka mampu untuk memandu diri mereka ke satu arah yang lebih baik. Keluarga, masyarakat serta guru perlu sentiasa bekerjasama membimbing, mendidik serta menunjukkan satu contoh tauladan yang unggul agar remaja kita ini sentiasa berada pada posisi terbaik yang kita harapkan suatu hari nanti mereka mampu melakukan yang lebih baik daripada apa yang kita mampu sumbangkan pada hari ini..

Jumaat, 1 Julai 2011

IMPIAN MENJADI KENYATAAN...

              Kadang-kadang perkara yang agak mustahil untuk kita lakukan sebenarnya kita mampu untuk mencapainya sekiranya kita mempunyai azam yang tinggi, semangat yang kuat serta tidak mengenal putus asa..
             Sepertimana yang kita tahu, gunung kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu. apa pun informasi tentang Gunung Kinabalu ini..yang penting saya telah berjaya menawan puncak tertinggi di Malaysia ini....yahooo..bagi sesiapa yang mempunyai keinginan untuk meneroka serta menakluk Kinabalu ini..jadikanlah impian anda itu menjadi kenyataan..cayokk..

Selasa, 24 Mei 2011

Disebalik Tun Perak

Pada zaman dahulu, kehebatan seorang individu banyak dipengaruhi oleh kekuatan fizikal seeperti ketangkasan dalam ilmu peperangan. Walaubagaimanapun,  aspek lain seperti keperibadian , kekuatan daya pemikiran serta keseluruhan kendiri seseorang individu juga memainkan peranan yang penting bagi seseorang untuk mentadbir serta menentukan hala tuju sesebuah negara, agama mahupun bangsa.  Contoh individu yang paling tepat cuba kita singkap keperibadian Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang ataupun lebih dikenali sebagai Tun Perak.
 Ketika Tun Perak menjawat jawatan Bendahara, beliau telah menakluk negeri-negeri di pantai Selat Melaka seperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di pulau Sumatera serta Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak yang menjadikan semua negeri ini sebagai jajahan takluk Melaka manakala Kedah pula menjadi negeri naungan Melaka. Dengan ini, Melaka telah menjadi sebuah empayar yang besar. Tidak kurang juga bagi aspek lain apabila Melaka membangun sehingga mencapai kekuatan dari segi politik, sosial, dan ekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik banyak pedagang asing dari China, India, Timur Tengah, serta negara-negara jiran yang lain.
              Untuk menjadi seorang yang benar-benar hebat seperti Tun Perak, ia memerlukan latihan yang bersungguh-sungguh, berani mencuba, sentiasa bermotivasi, berani mencuba sesuatu yang baru (perkara yang positif)  dan mengkaji sedalam-dalamnya dari sudut pro dan kontra sesuatu tindakan yang diambil. Paling penting sebagai seorang muslim khususnya aspek ihsan perlulah dititikberatkan dalam kehidupan seharian barulah menjadi seorang yang sempurna dalaman dan luaran..

Jumaat, 8 April 2011

BUAT PILIHAN TERBAIK...


Emmm..agak lama tidak mengemaskini blog ni..yer la sibuk dengan kerja di sekolah dan juga kerja di rumah serta kerja di luar kawasan rumah menyebabkan peredaran masa itu seakan terlalu pantas..oleh sebab itu, maka dikesempatan ruang yang ada ini maka eloklah juga disertakan maklumat yang mungkin berguna untuk sesetengah individu khususnya para pelajar yang baru mendapat keputusan SPM baru-baru ini..haaa..bila keputusan sudah ada di tangan maka bolehlah mula memikirkan di mana hala tuju serta distinasi yang akan menjadi persingahan selepas ini...sama ada nak bekerja..masih mahu duduk-duduk di rumah ataupun ada keinginan untuk meneruskan pengajian di universiti ataupun di institusi pendidikan yang lain...
oleh yang demikian..maka di sini ada di senaraikan universiti sama ada awam mahupun swasta serta kolej-koleh yang terkenal di negara kita...semua disahkan halal (ada MQA) so..boleh la cuba-cuba selidik...mana tau destinasi anda seterusnya ada di situ..:)

Universiti Awam

1. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur

2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor

3. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor

4. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang

5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

6. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang (dulu KUKTEM)

7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur

8. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah

9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak

10. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah

11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak

12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan (dulu KUIM)

13. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor

14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu (dulu KUSTEM)

15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor (dulu KUiTTHO)

16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka (dulu KUTKM)

17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis (dulu KUKUM)

18. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu (Kini UniSZA)

19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan

20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur (dulu ATMA)

Universiti Swasta

1. Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), Kedah

2. Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Kuala Lumpur

3. Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), Selangor

4. Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Selangor

5. Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Selangor

6. Universiti Multimedia (MMU), Selangor

7. Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Kuala Lumpur

8. Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak

9. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Selangor

10. Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Selangor

11. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Selangor

12. Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kuala Lumpur

13. Universiti Industri Selangor (UNISEL), Selangor

14. Universiti Terbuka Wawasan (WOU), Pulau Pinang

15. Universiti UCSI (UCSI University), Kuala Lumpur

16. Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Selangor

17. Universiti Antarabangsa Albukhary, Johor


Universiti luar negara kampus Malaysia

1. Universiti Teknologi Curtin, Sarawak

2. Universiti Monash Malaysia, Selangor

3. Universiti Teknologi Swinburne Malaysia, Sarawak

4. Universiti Nottingham Malaysia, Selangor

• Universiti New Castle, Iskandar Malaysia


Kolej Universiti

1. Kolej Universiti SEGi,Selangor

2. Asia Pacific University College of Technology & Innovation (UCTI)

3. Kolej Universiti Binary, Selangor

4. Kolej Universiti Antarabangsa Cosmopoint (CiUC)(dulu Kolej Teknologi Cosmopoint)

5. Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), Selangor

6. Kolej Universiti HELP, Kuala Lumpur

7. Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IUCTT), Selangor

8. Kolej Universiti Antarabangsa INTI (INTI-UC), Kuala Lumpur

9. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Selangor

10. Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah

11. Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC), Selangor

12. Kolej Universiti Linton (KUL), Negeri Sembilan

13. Kolej Universiti Antarabangsa Nilai, Negeri Sembilan

14. Kolej Universiti Sunway, Selangor

15. Kolej Universiti TATI (TATiUC), Terengganu(dulu TATI)

16. Kolej Universiti Taylor's, Selangor

17. Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Melaka


Kolej Swasta

• Advance Tertiary College (ATC)

• ALFA International College (dulu Alif Creative Academy)

• Asia Pacific Institute of Information Technology (APIIT)

• Brickfields Asia College (BAC)

• Bostonweb College

• Cosmopoint Institute of Information Technology

• Creative Academy

• Cybernetics International College of Technology

• Disted-Stamford College (DISTED)

• Excel College of Training & Development

• Gulf Golden International Flying Academy (GGIFA)

• KLIA Professional & Management College

• KLIA Training & Research Centre S/B

• Kolej Han Chiang

• HELP International College of Technology (HICT)

• IKIP College

• Informatics College

• Institut Prima Bestari, Kota Kinabalu

• Institut Kompas (Kolej Perniagaan & Perakaunan)

• International College of Music (ICOM)

• International Islamic College

• INTI College Subang Jaya

• INTI International College Penang

• INTI Genting International College

• INTI College Sabah

• INTI College Sarawak

• Island College of Technology

• Kasturi College

• KBU International College (KBU)

• Kolej KDU

• Kolej Negeri

• Kolej Shahputra

• Putra Intelek

• Kolej Teknologi Timur

• Kolej Tuanku Ja'afar

• Legenda Education Group

• Kolej WIT

• Kolej Yayasan Melaka

• Kolej Yayasan UEM (dulu Kolej Matrikulasi Yayasan Saad)

• Life College

• MAHSA College

• Malaysia France Institute

• Malaysian Institute of Art (MIA)

• Malaysia Institute of Integrative Media (MIIM)

• Malaysian Institute of Management (MIM)

• Mantissa Institute

• Masterskill College of Nursing and Health

• McOrange College

• Kolej Perubatan Manipal Melaka

• Kolej Methodist Kuala Lumpur (MCKL)

• Kolej Metropolitan

• MIDAS Group of Colleges

• MIM-IMS Management School

• MTDC Multimedia Academy

• Multimedia College (MMC) (secara rasmi Kolej Latihan Telekom, TTC)

• Multimedia College (MMC) (secara rasmi Kolej Multimedia, Jalan Semarak)

• New Era College

• Kolej Nilam

• Nirwana Institute

• Olympia College

• Pacific College

• Penang International Dental College

• Penang Medical College

• Penang Skills Development Centre

• PJ College of Art and Design

• Kolej PTPL

• Reliance College

• RIMA College

• Sabah Institute of Art

• SAE Institute Malaysia

• SAL Group of Colleges (SAL)

• SEGi College

• Southern College

• Stamford College

• Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC)

• The One Academy

• TPM Academy

• United College Sarawak (UCS)

• Westminster International College

• World-Point Academy of Tourism



Rabu, 16 Februari 2011

10 Individu Terkaya di Malaysia



Senarai 10 orang terkaya di Malaysia 2010


1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion

2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27 bilion

3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92 bilion

4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86 bilion

5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38 bilion

6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09 bilion

7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01 bilion

8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4 bilion

9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5 bilion

10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2 bilion

Isnin, 14 Februari 2011

Falsafah disebalik Kelahiran Nabi Junjungan Kita



Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
            Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Kehidupan Nabi Muhammad semasa hayatnya penuh dengan kesusahan dan juga dugaan yang dasyat bukan setakat ancaman daripada pihak Quraisy, malah daripada golongan yang cuba menjatuhkannya. Namun semangat serta kekentalan jiwa dan iman baginda maka Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia dengan penuh megah dan ampuh. Jika kita singkap sejarah kelahiran nabi, ia memberi gambaran kepada kita bahawa nabi junjungan kita bukan setakat mempunyai kekuatan fizikal, mental yang sihat dan cerdas namun baginda juga mempunyai jiwa yang utuh serta keimanan yang tidak pernah luntur biarpun dugaan yang diterima tidak pernah sepi daripadanya. Oleh yang demikian Kita tidak sepatutnya menyambut kelahiran nabi dengan mengadakan perarakan setiap tibanya hari kelahiran baginda, malah yang paling utama kita perlu menghayati, memahami serta mengkaji falsafah serta hikmah disebalik setiap peristiwa yang berlaku ke atas baginda bermula saat baginda dilahirkan sehinggalah nabi junjungan kita menghembuskan nafas yang terakhir.

Kekuatan keseluruhan yang ada pada baginda harus kita jadikan panduan untuk kita menyusuri hari-hari yang mendatang. Di ketika itu barulah kita boleh mengiktiraf diri kita sebagai pengikutnya yang sejati. Sebenarnya apa yang kita raikan setiap tahun ini menjadi satu bentuk motivasi yang berterusan agar kita diperingatkan kembali setelah kita tersasar dari landasan yang sepatutnya. Pesanan nabi junjungan kita iaitu sekiranya kita berpegang teguh kepada Al-Quran dan Hadis, maka kita tidak akan sesat selamanya. Dalam kehidupan yang mencabar ini terlalu banyak anasir luar dan dalam yang sentiasa cuba untuk menjauhkan kita daripada 2 perkara penting yang ditegaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama menghayati peristiwa kelahiran Nabi junjungan kita agar ia dapat memberi kita satu suntikan motivasi yang bermakna untuk penerusan hidup kita yang mencabar ini. Salam Maulidur Rasul 1432H.