Rabu, 6 Oktober 2010

kebersihan dan kesucian asas kehidupan..

manusia pada dasarnya dicipta daripada tanah..ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T khususnya di dalam surah Al-Baqarah yang menceritakan secara terpeinci berkenaan dengan penciptaan Nabi Adam A.S .Proses permulaan telah diperlihatkan bahawa tujuan Adam dijadikan adalah untuk menjadi pemimpin ataupun khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kesejahteraan di muka bumi. Kita sedia maklum mengapa Nabi Adam A.S dikeluarkan oleh Allah S.W.T daripada surga..Ini disebabkan oleh pujuk rayu Iblis yang telah berjanji untuk menyesatkan Adam serta keturunannya agar suatu masa nanti akan bersama dengannya masuk ke dalam neraka. dapatla kita simpulkan bahawa kehidupan kita bermula dari kita  dilahirkan sehinggalah disaat kita ingin menghembuskan nafas yang terakhir, syaitan sesekali tidak sanggup melepaskan cengkamannya yang digengamnya sekian lama. oleh yang demikian kita sebagai insan khususnya yang beragama islam perlu sentiasa menjaga diri yaitu bersih dan suci dari diri dan hati agar segala pujuk rayu iblis dan syaitan dapat kita tepis dengan sebaiknya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LEBIH BAIK MELAKUKAN SESUATU YANG BETUL BERBANDING MELAKUKAN SESUATU DENGAN BETUL

          Saya ada terbaca dalam sebuah buku hasil tulisan Ahmad Fadzil Yusof yang bertajuk " MENGURUS KERJA DAN WAKTU" . buku i...