Penulisan saya kali ini mungkin agak berbeza jika dibandingkan sebelum ini. walaubagaimanapun ia juga berkaitan dengan diri kita khususnya untuk terapi badan..minda dan juga emosi kita..Oleh yang demikian, sempena cuti sekolah baru-baru ini (CNY), saya bersama teman-teman yang lain mengambil kesempatan untuk merehatkan tubuh badan dengan pergi ke tempat-tempat yang menarik sekitar daerah Kunak. Mungkin ada dikalangan kita yang agak janggal dengan nama KUNAK..mungkin juga ada diantara kita yang memang tidak pernah mendengar nama tersebut..haa..kalau nak tau Kunak adalah sebuah tempat yang sungguh strategik kerana ia terletak berhampiran dengan Semporna, Lahad Datu dan juga Tawau. Ramai yang tidak mengetahui bahawa Kunak juga mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi..Antara tempat-tempat yang boleh untuk kita merehatkan minda dan badan adalah seperti di Air Terjun Ladang Giram, Air Terjun Madai, Pantai Buang Sayang, dan juga Tasik Biru. bagi sesiapa yang inginkan cabaran bolehlah berkunjung ke Telaga Tujuh yang terletak di Pangi juga tidak jauh dari Pekan Kunak. Satu lagi kelainan yang ada di daerah Kunak ialah Kolam Lumpur yang terletak berhampiran dengan Mostyn. Haha..di sini sesuai untuk sesiapa yang mementingkan kecantikan kerana difahamkan amalan mandi lumpur di kolam tersebut boleh menghaluskan kulit dan menyegarkan badan.
Air Terjun Ladang Giram |
Tasik Biru, Mostyn
Air Terjun Madai
Pantai Buang Sayang
Jadi bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke Kunak bolehlah datang ke tempat-tempat yang telah dinyatakan tadi..perlu kita ingat bahawa Minda dan adan kita seperti jentera, ia juga perlu rehat yang cukup serta perhatian yang sewajarnya barulah akan menghasilkan sesuatu yang HEBAT!!...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan