Sabtu, 25 Disember 2010

PMR yang Cemerlang..

        1st at all ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR baru-baru ini..Ini merupakan keputusan yang  paling memberangsangkan dalam empat terakhir sejak Penilaian Menengah Rendah diperkenalkan..tahniah juga kepada semua pelajar yang lain walaupun tidak mencapai target yang diharapkan..sekurang-kurangnya jadikan pengalaman menduduki peperiksaan besar diperingkat menengah sebagai tauladan serta menebusnya kembali dalam peperiksaan SPM nanti..tidak lupa juga untuk semua guru yang menjadi tulang belakang kejayaan anak-anak didik..walaupun ada kalanya dikutuk pelajar..kereta guru dicalar..dan ada yang lebih teruk ditumbuk oleh anak-anak murid..ish..ish..ish..tapi kalau kita singkap sejarah dakwah Rasulullah S.A.W, baginda pernah dilontar dengan batu..ditutup dengan perut unta oleh orang kafir ketika sedang sujud..namun baginda tidak pernah berputus asa dalam menyebar dan memperkembangkan ajaran suci ini (agama islam)..
           berbalik semula berkenaan keputusan PMR 2010..ada sesuatu yang ingin ditimbulkan iaitu kalau kita lihat dan amati saban tahun pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan bertambah bukan sahaja dari sudut kuantiti, malah dari aspek kualiti..namun yang bermain dibenak fikiran saya..mengapa pelajar kita semakin cemerlang dari sudut akademik, tetapi cemerlang juga dari sudut keruntuhan akhlak!!...ramai ahli akademik, ahli agama, tokoh-tokoh politik..malahan ahli-ahli cendakiawan memberi atau mengariskan punca utama terjadinya masalah-masalah sosial seperti kecurian, pengambilan pil-pil khayal, pembuangan bayi dan lain-lain lagi adalah disebabkan oleh KURANGNYA DIDIKAN AGAMA..kalau kita sekali fikirkan mungkin ada kebenarannya..tetapi bila kita berkali-kali fikir, alasan itu sebenarnya tidak berasas langsung!! mengapa saya berkata demikian..pertama jumlah pelajar yang mendapat keputusan semua A meningkat setiap tahun..oleh yang demikian, subjek Pendidikan Islam sudah pastilah A..kalau A bermakna semestinya pelajar bukan kurang didikan agama..malah mencukupi..selain daripada itu kebanyakkan pelajar yang terlibat dengan keruntuhan moral ini adalah datangnya dari golongan TERPELAJAR..
            Baru-baru ini isu pelajar IPT 'terpaksa' menjadi GRO untuk menampung pengajian mereka..mengapa perkara ini berlaku?? sedangkan mereka tau apa yang mereka lakukan itu bersalahan dari sudut agama..adakah itu kurang didikan agama?? baru-baru ini juga kita digemparkan oleh berita berkenaan dengan HAKIM MAHKAMAH SYARIAH ditangkap BERKHALWAT...dan ada juga yang terlibat dengan RASUAH!! adakah ini juga dikatakan berpunca daripada kurangnya didikan agama???!! oleh yang demikian kita perlu memikirkan apakah punca sebenar serta perlu mencari jalan penyelesaian dengan sebaik mungkin..mungkin generasi akhir zaman sekarang hanya menjadikan agama sebagai batu loncatan ataupun pra-syarat untuk mencapai sesuatu perkara sahaja..agama juga dilihat terlalu murah..sehinggakan ada golongan tertentu memanipulasikan agama dengan sewenangnya..oleh yang demikian sama-samalah kita menjadikan agama sebagai 'makanan asasi' kita sepanjang masa..seumpama 'udara' yang kita hirup sepanjang masa..serta umpama cahaya yang sentiasa memberikan kita harapan untuk terus melangkah ke hadapan..mencari kebenaran...

2 ulasan:

  1. slm. ya akhi..ana melihat situasi di atas bkn bpunca dr krg didikn agama ttp lebih kpd krg kefahaman, penghayatan dan pengamalan. "A" utk p.islm x bmakna jika intipatinya x diamalkan. jka diteliti sukatan p.islam..ana merasakn smua frdhu ain n f.kifayah dh ada d dlmnya, tp sjauhmana pula pgmalannya?. Ini membuatkn ana merasakan ada kewajarannya andai penilaian p.i d pinda, yakni bkn dinilai di atas kertas tetapi dinilai bdasarkan akhlak serta pratikalnya..mmg mgkin sdkit sukar, namun itu lbih mendedahkan pelajar supaya sntiasa amalkan cara hdup islam bkn utk mdptkn "A" dlm peperiksaan shj ttp plg pnting disisi RABBnya. sekian.

    BalasPadam
  2. ya betol..tiba masanya subjek pend. islam mendapat suntikan baru dari sudut penilaian serta kandungan dalam sistem pendidikan arus perdana..tetpi cabaran kita pada zaman ini..bagaimana kita ingin mnjadikan islam sebagai way of life...itu yang sukar untuk kita terapkan pada zaman sekarang..

    BalasPadam

LEBIH BAIK MELAKUKAN SESUATU YANG BETUL BERBANDING MELAKUKAN SESUATU DENGAN BETUL

          Saya ada terbaca dalam sebuah buku hasil tulisan Ahmad Fadzil Yusof yang bertajuk " MENGURUS KERJA DAN WAKTU" . buku i...