Jumaat, 4 Februari 2011

KITA ADALAH YANG TERBAIK!!

     
    Kadang-kadang kita sering merasa rendah diri, tidak yakin pada diri sendiri..adakalanya kita berasa mudah putus asa dalam melakukan sesuatu perkara..ada ketikanya juga kita sering merasa kita bukan yang terbaik..mengapa kita berfikiran sedemikian rupa? Sedangkan kita dijadikan dari unsur yang sama..kita sering membandingkan diri kita dengan adik-beradik yang lain, rakan, jiran, masyarakat setempat malahan bangsa mahupun individu daripada negara luar yang lain..sebenarnya setiap diri kita ini hebat..bukan setakat hebat dikalangan individu yang lain, malahan kita ini hebat..lebih hebat daripada makhluk Allah yang lain...
      Kita sedia maklum bahawa asal kejadia manusia (Nabi Adam )adalah daripada tanah. Walaubagaimanapun tanah yang diambil Allah untuk menjadikan makhluk yang bernama manusia ini adalah daripada jenis yang pelbagai

Firman Allah SWT “ Sesungguhnya Kami jadikan manusia ialah dengan sebaik – baik kejadian “

Menurut Ibnu Abbas , tanah-tanah dari bumi dan syurga digunakan untuk dijadikan bahan mencipta nabi Adam A.S. bapa keturunan semua manusia.

Tanah tersebut ialah :
Tanah Baitulmuqqaddis : dijadikan kepala sebagai tempat kemuliaan dan akal
Tanah Bukit Tursina ( Mesir) : dijadikan telinga sebagai tempat mendengar dan menerima nasihat
Tanah Iraq : dijadikan dahi sebagai tempat sujud kepada Allah
Tanah Aden ( Yaman ) : dijadikan muka sebagai tempat berhias dan kecantikan
Tanah Telaga Al- Kauthar : dijadikan mata sebagai tempat menarik perhatian
Tanah Al-Kauthar : dijadikan gigi sebagai tempat memanis-manis
Tanah Ka`abah : ( Makkah) ; dijadikan tangan kanan sebagai tempat mencari nafkah dan bekerjasama
Tanah ( Paris ) : dijadikan tangan kiri sebagai anggota untuk melakukan istinjak ( guna membasuh najis, air kecil atau air besar )
Tanah Khurasan ( Iran ) : dijadikan perut sebagi tempat berlapar dan diisikan makan dan minum sekadarnya
Tanah Babylon( Iraq ) : dijadikan perut serta alat reproduktif iaitu tempat bernafsu serta tempat yang mudah digoda oleh syaitan
Tanah Tursina ( Mesir ) :dijadikan tulang sebagai bingkai peneguh diri manusia
Tanah India : dijadikan kaki sebagai anggota untuk berdiri dan berjalan
Tanah Firdaus ( Syurga ) : dijadikan hati sebagai tempat keyakinan,keimanan dan kemahuan
Tanah Taif ( Arab Saudi ) : dijadikan lidah sebagai tempat untuk mengucapkan syahadah, bersyukur dan berdoa.
        Begitulah kehebatan yang Maha pencipta menjadikan manusia begitu terpeinci serta penuh hikmah yang kita tidak dapat rungkaikan dengan akal fikiran yang terbatas ini. Apa yang paling penting kita manusia yang dijadikan dengan sebaik-baik kejadian ini perlulah sentiasa bersyukur atas setiap kurniaan yang diperolehi. Walaupun terdapat unsur-unsur yang lain seperti angin, api, dan air, namun jenis tanah yang telah disebutkan tadi jelas menunjukkan kita adalah khalifah yang unggul di muka bumi ini. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita dari masa ke semasa agar kita menjadi golongan yang bersyukur dan bukan terdiri dari golongan orang-orang yang rugi.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LEBIH BAIK MELAKUKAN SESUATU YANG BETUL BERBANDING MELAKUKAN SESUATU DENGAN BETUL

          Saya ada terbaca dalam sebuah buku hasil tulisan Ahmad Fadzil Yusof yang bertajuk " MENGURUS KERJA DAN WAKTU" . buku i...