Isnin, 14 Februari 2011

Falsafah disebalik Kelahiran Nabi Junjungan Kita



Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
            Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Kehidupan Nabi Muhammad semasa hayatnya penuh dengan kesusahan dan juga dugaan yang dasyat bukan setakat ancaman daripada pihak Quraisy, malah daripada golongan yang cuba menjatuhkannya. Namun semangat serta kekentalan jiwa dan iman baginda maka Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia dengan penuh megah dan ampuh. Jika kita singkap sejarah kelahiran nabi, ia memberi gambaran kepada kita bahawa nabi junjungan kita bukan setakat mempunyai kekuatan fizikal, mental yang sihat dan cerdas namun baginda juga mempunyai jiwa yang utuh serta keimanan yang tidak pernah luntur biarpun dugaan yang diterima tidak pernah sepi daripadanya. Oleh yang demikian Kita tidak sepatutnya menyambut kelahiran nabi dengan mengadakan perarakan setiap tibanya hari kelahiran baginda, malah yang paling utama kita perlu menghayati, memahami serta mengkaji falsafah serta hikmah disebalik setiap peristiwa yang berlaku ke atas baginda bermula saat baginda dilahirkan sehinggalah nabi junjungan kita menghembuskan nafas yang terakhir.

Kekuatan keseluruhan yang ada pada baginda harus kita jadikan panduan untuk kita menyusuri hari-hari yang mendatang. Di ketika itu barulah kita boleh mengiktiraf diri kita sebagai pengikutnya yang sejati. Sebenarnya apa yang kita raikan setiap tahun ini menjadi satu bentuk motivasi yang berterusan agar kita diperingatkan kembali setelah kita tersasar dari landasan yang sepatutnya. Pesanan nabi junjungan kita iaitu sekiranya kita berpegang teguh kepada Al-Quran dan Hadis, maka kita tidak akan sesat selamanya. Dalam kehidupan yang mencabar ini terlalu banyak anasir luar dan dalam yang sentiasa cuba untuk menjauhkan kita daripada 2 perkara penting yang ditegaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama menghayati peristiwa kelahiran Nabi junjungan kita agar ia dapat memberi kita satu suntikan motivasi yang bermakna untuk penerusan hidup kita yang mencabar ini. Salam Maulidur Rasul 1432H.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LEBIH BAIK MELAKUKAN SESUATU YANG BETUL BERBANDING MELAKUKAN SESUATU DENGAN BETUL

          Saya ada terbaca dalam sebuah buku hasil tulisan Ahmad Fadzil Yusof yang bertajuk " MENGURUS KERJA DAN WAKTU" . buku i...