Sabtu, 25 Disember 2010

PMR yang Cemerlang..

        1st at all ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR baru-baru ini..Ini merupakan keputusan yang  paling memberangsangkan dalam empat terakhir sejak Penilaian Menengah Rendah diperkenalkan..tahniah juga kepada semua pelajar yang lain walaupun tidak mencapai target yang diharapkan..sekurang-kurangnya jadikan pengalaman menduduki peperiksaan besar diperingkat menengah sebagai tauladan serta menebusnya kembali dalam peperiksaan SPM nanti..tidak lupa juga untuk semua guru yang menjadi tulang belakang kejayaan anak-anak didik..walaupun ada kalanya dikutuk pelajar..kereta guru dicalar..dan ada yang lebih teruk ditumbuk oleh anak-anak murid..ish..ish..ish..tapi kalau kita singkap sejarah dakwah Rasulullah S.A.W, baginda pernah dilontar dengan batu..ditutup dengan perut unta oleh orang kafir ketika sedang sujud..namun baginda tidak pernah berputus asa dalam menyebar dan memperkembangkan ajaran suci ini (agama islam)..
           berbalik semula berkenaan keputusan PMR 2010..ada sesuatu yang ingin ditimbulkan iaitu kalau kita lihat dan amati saban tahun pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan bertambah bukan sahaja dari sudut kuantiti, malah dari aspek kualiti..namun yang bermain dibenak fikiran saya..mengapa pelajar kita semakin cemerlang dari sudut akademik, tetapi cemerlang juga dari sudut keruntuhan akhlak!!...ramai ahli akademik, ahli agama, tokoh-tokoh politik..malahan ahli-ahli cendakiawan memberi atau mengariskan punca utama terjadinya masalah-masalah sosial seperti kecurian, pengambilan pil-pil khayal, pembuangan bayi dan lain-lain lagi adalah disebabkan oleh KURANGNYA DIDIKAN AGAMA..kalau kita sekali fikirkan mungkin ada kebenarannya..tetapi bila kita berkali-kali fikir, alasan itu sebenarnya tidak berasas langsung!! mengapa saya berkata demikian..pertama jumlah pelajar yang mendapat keputusan semua A meningkat setiap tahun..oleh yang demikian, subjek Pendidikan Islam sudah pastilah A..kalau A bermakna semestinya pelajar bukan kurang didikan agama..malah mencukupi..selain daripada itu kebanyakkan pelajar yang terlibat dengan keruntuhan moral ini adalah datangnya dari golongan TERPELAJAR..
            Baru-baru ini isu pelajar IPT 'terpaksa' menjadi GRO untuk menampung pengajian mereka..mengapa perkara ini berlaku?? sedangkan mereka tau apa yang mereka lakukan itu bersalahan dari sudut agama..adakah itu kurang didikan agama?? baru-baru ini juga kita digemparkan oleh berita berkenaan dengan HAKIM MAHKAMAH SYARIAH ditangkap BERKHALWAT...dan ada juga yang terlibat dengan RASUAH!! adakah ini juga dikatakan berpunca daripada kurangnya didikan agama???!! oleh yang demikian kita perlu memikirkan apakah punca sebenar serta perlu mencari jalan penyelesaian dengan sebaik mungkin..mungkin generasi akhir zaman sekarang hanya menjadikan agama sebagai batu loncatan ataupun pra-syarat untuk mencapai sesuatu perkara sahaja..agama juga dilihat terlalu murah..sehinggakan ada golongan tertentu memanipulasikan agama dengan sewenangnya..oleh yang demikian sama-samalah kita menjadikan agama sebagai 'makanan asasi' kita sepanjang masa..seumpama 'udara' yang kita hirup sepanjang masa..serta umpama cahaya yang sentiasa memberikan kita harapan untuk terus melangkah ke hadapan..mencari kebenaran...

Selasa, 21 Disember 2010

Ambang Tahun Baru....

SELAMAT TAHUN BARU!!
      Mungkin terlalu awal untuk mengucapkan tahun baru yang bakal menjelma tidak beberapa hari lagi...SELAMAT TAHUN BARU 2011....semoga apa yang anda impikan dan harapkan akan menjadi kenyataan..amin..rasanya sudah lama tidak mengemaskini blog..jadi dikesempatan yang tuhan berikan ini saya ingin kongsikan sedikit berkenaan dengan 'Tahun Baru". .bila kita berbicara berkenaan tahun baru ni..paling popular yang kita selalu perkatakan berkenaan dengan AZAM TAHUN BARU..menjelma sahaja tahun baru masihi (tahun hijrah tak tahu plak nak berazam ye)..masing-masing akan memikirkan apa azam ataupun target yang mereka ingin capai...biasa kita dengar..azam tahun ni 'nak perbaiki diri', 'nak mulakan hidup baru', 'belajar bersungguh-sungguh', 'nak kerja bersungguh-sungguh', nak capai azam lepas yang masih terkapai-kapai', malah ada juga dikalangan individu merancang untuk beristeri baru hihi..banyak lagilah azam-azam yang selalu kita dengar...walaubagaimanapun, jarang sekali kita dengar ada dikalangan pelajar, rakan-taulan,sedara-mara, jiran tertangga menyatakan azam tahun ni ialah ingin 'MENGHAFAL SEKURANG-KURANGNYA 5 JUZUK AL-QURAN'..setakat ni pengalaman saya berhadapan dengan individu-individu yang disebutkan tidak ada lagi yang menanam azam sedemikian rupa...emmm...adakah azam tersebut tidak popular? mungkin tidak..ini kerana pelbagai salurun media sebagai alat sebaran maklumat banyak memperkatakan berkenaan fadhilat membaca Al-Quran malah menghafalnya..kalau kita lihat dan kaji bukan setakat di saluran Astro 106 misalnya..malah di Internet juga terlalu banyak sumber yang berkaitan dengan Al-Quran boleh kita perolehi..malah setiap tahun juga kita akan mendengar serta menghayati alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di kaca televisyen SECARA LANGSUNG LAGI....
           
      Oleh yang demikian alasan tidak popular tidak boleh diguna pakai...emmm..berkemungkinan juga terlalu banayak persaingan "yang berhaluan kiri", maksudnya sebarang bentuk anasir yang boleh menyebabkan individu lupa kebesaran kitab yang agung ini..walau bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan teknologi canggih adalah penyebab manusia alpa akan tanggungjawabnya terhadap pencipta..ini kerana dengan adanya teknologi akan lebih memudahkan kita untuk menyampaikan sesuatu yang baik...contohnya apa yang saya buat sekarang haha..tetapi yang  menjadi kebimbangan kita sekarang ialah senario ataupun gelombanglaman sesawang facebook yang semakin digilai oleh masyarakat dunia sekarang..kini dianggarkan hampir 500bilion individu yang memiliki akaun tersebut. apa yang membimbangkan masyarakat dunia amya serta masyarakat islam khususnya, fenomena ini menyebabkan manusia lalai untuk menjalankan tanggungjawab khususnya sebagai seorang muslim, dimana individu semakin lupa untuk meluangkan masa bermesra dengan Al-Quran malahan membelanjakan masa yanhg banyak untuk melayari gelombang facebook ini, walaupun pada hakikatnya secara halus ia telah membuatkan manusia semakin jauh dengan penciptanya.....oleh yang demikian..tahun baru yang bakal menjelma ini, marilah kita sama-sama luangkan masa serta muhasabah diri..dekatkan lah diri dengan tuhan yang selama ini mungkin dikalangan kita semakin jauh dari-Nya..lakukanlah solat sunat serta berdoa diakhir tahun dan juga diawalnya agar apa yang kita azamkan pada tahun 2011 akan menjadi kenyataan serta diberkati olehnya...amin.

LEBIH BAIK MELAKUKAN SESUATU YANG BETUL BERBANDING MELAKUKAN SESUATU DENGAN BETUL

          Saya ada terbaca dalam sebuah buku hasil tulisan Ahmad Fadzil Yusof yang bertajuk " MENGURUS KERJA DAN WAKTU" . buku i...