Khamis, 8 September 2011

MEMBINA JATIDIRI INSAN BERMULA SEUSIA REBUNG..


           Remaja merupankan teras pembangunan negara, penerusan bangsa serta menjadi benteng agama yang utuh agar tidak mudah untuk diganggu gugat. Oleh yang demikian remaja islam perlulah sentiasa disuburkan dengan benih-benih Islam, Iman dan Ihsan agar sentiasa subur dari sudut jasad dan jasmaninya. Jika kita lihat remaja hari ini banyak terdedah dengan unsur negatif yang akhirnya membawa kepada berlakunya gejala-gejala yang tidak sihat.Contohnya kes pembuangan bayi yang semakin meningkat dari masa ke semasa. mengikut kajian sebanyak 517 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak tahun 2005 hingga Januari tahun ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, jumlah itu merangkumi 203 orang bayi lelaki, 164 orang bayi perempuan dan 150 orang bayi yang tidak diketahui jantinanya. apa yang lebih menyedihkan kebanyakkan kes tersebut melibatkan golongan remaja yang beragama islam!!


       Oleh yang demikian, semua pihak perlu bekerjasama dalam aspek pembangunan jati diri remaja agar mereka mampu untuk memandu diri mereka ke satu arah yang lebih baik. Keluarga, masyarakat serta guru perlu sentiasa bekerjasama membimbing, mendidik serta menunjukkan satu contoh tauladan yang unggul agar remaja kita ini sentiasa berada pada posisi terbaik yang kita harapkan suatu hari nanti mereka mampu melakukan yang lebih baik daripada apa yang kita mampu sumbangkan pada hari ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LEBIH BAIK MELAKUKAN SESUATU YANG BETUL BERBANDING MELAKUKAN SESUATU DENGAN BETUL

          Saya ada terbaca dalam sebuah buku hasil tulisan Ahmad Fadzil Yusof yang bertajuk " MENGURUS KERJA DAN WAKTU" . buku i...