Khamis, 2 Januari 2020

SEKOLAH PENYAYANG 2020

PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG - MENGALUKAN KEHADIRAN MURID DI PINTU PAGAR SEKOLAH...

              Setiap tahun hampir keseluruhan sekolah di Malaysia akan mengadakan program Sekolah Penyayang, Guru Penyayang. di antara aktiviti ataupun program yang terkandung di dalam skop sekolah penyayang guru penyayang ini iaitu:

- Meraikan Hari Lahir Murid
- Program Mentor Mentee
- Mengalukan Kehadiran Murid ke Sekolah

Mulai tahun 2019, Kementerian Pendidikan malaysia (KPM) telah mempekenalkan satu lagi program yang dititipkan untuk program sekolah penyayang ini iaitu Program Ziarah Cakna yang telah di lancarkan di peringkat nasional oleh Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik di Kluang, Johor pada 28 Jan 2019.

               Program sekolah penyayang ini dilaksanakan bertujuan untuk mewujudkan suasana ataupun iklim yang teraputik murid-murid dengan sekolah itu sendiri. konsep yang diperkenalkan oleh kementerian itu sangat baik pada dasarnya. walau bagaimanapun tindakan susulan itu perlu sentiasa diperhebatkan serta diperkemaskan dari masa ke samasa. mengapa kalau kita lihat sekarang banyak isu-isu pendidikan melibatkan kes murid semakin membimbangkan walaupun telah diperkenalkan pelbagai kaedah untuk menambahbaik sistem pendidikan itu sendiri. Adakan disebabkan ruang yang semakin sempit untuk guru mengambil tindakan untuk golongan murid yang menimbulkan masalah ini..adakah disebabkan ledakan teknologi..perubahan masa dan zaman..apa yang lebih penting setiap individu perlu tahu peranan masing-masing serta menjalankan setiap tanggung jawab dengan tepat tahu apa yang perlu dilakuakn...ibu bapa..guru-guru..komuniti setempat perlu sama-sama menjalankan amanah berat ini untuk masa depan anak bangsa..







Pengetua bersama YDP PIBG menyambut kehadiran murid di pintu pagar sekolah



Tanda sayang pihak sekolah kepada murid-murid

LEBIH BAIK MELAKUKAN SESUATU YANG BETUL BERBANDING MELAKUKAN SESUATU DENGAN BETUL

          Saya ada terbaca dalam sebuah buku hasil tulisan Ahmad Fadzil Yusof yang bertajuk " MENGURUS KERJA DAN WAKTU" . buku i...